Peranan Ketua Tempat Mengundi

(23 reviews)
Free
KTM5

PENERANGAN MODUL

Modul Peranan Ketua Tempat mengundi adalah modul yang dibangunkan untuk membantu bakal-bakal Ketua Tempat Mengundi untuk memahami peranan dan tugas mereka sebagai Ketua Tempat Mengundi sebelum memulakan tugas semasa Hari Mengundi.

Ketua Tempat Mengundi adalah seorang petugas pilihan raya yang dilantik oleh Pegawai Pengurus bagi tujuan mengetuai sesuatu tempat mengundi (saluran) dan mengendalikan proses pengundian dan pengiraan undi. KTM juga menyelia beberapa orang petugas dibawahnya iaitu Kerani Pengundian ( KP ) / Kerani Mengira Undi ( KMU ).

Ketua Tempat Mengundi perlu menghadirkan diri dalam latihan yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya. Tugas seorang Ketua Tempat Mengundi akan bermula semasa Hari Semakan Isi Peti Undi yang biasa dilaksanakan dua hari atau sehari sebelum Hari Mengundi.

PENSIJILAN

Peserta perlu lulus ujian kefahaman yang mengandungi sebanyak 60 soalan.

Course Features

  • Lectures 46
  • Quizzes 3
  • Duration 2 jam
  • Skill level All levels
  • Language Bahasa Malaysia
  • Students 790
  • Certificate No
  • Assessments Self

Reviews

Average Rating

4.6
23 ratings

Detailed Rating

5
78%
4
13%
3
4%
2
0%
1
5%

    Syukur dah tamat dan lulus ujian VOTE-KTM

    Syukur dan syabas kepada diri sendiri kerana telah menamatkan dan lulus ujian kursus VOTE-KTM. Tahniah dan syabas juga kepada team VOTE yang telah berjaya menyediakan modul-modul dan latihan asas kepada bakal KTM secara online ini yang boleh diakses dengan senang.

    Peranan KTM

    pembelajaran online yang sangat komprehensif dan sangat padat

    Cabaran KTM

    Kursus secara online ini banyak membantu bagi persediaan awal untuk bakal KTM. Masalah yang dihadapi oleh saya sendiri ketika menyiapkan kursus ini ialah kekangan masa dan line internet yang kurang memuaskan di tempat tinggal saya. Video yang diberi amat menarik dan berkesan semasa kursus ini dijalankan. Keseluruhannya amat memuaskan dan amat berguna untuk petugas/bakal KTM.

    PERANAN KTM

    Tahniah dan syabas kepada SPR yang menyediakan kursus ini secara dalam talian (VOTE). Kepada Pn. Norlinah yang menyampaikan penerangan cukup jelas suara dan mudah difahami. Kursus memberi kefahaman yang jelas sebelum pilihanraya . Ucapan terima kasih kepada semua pegawai SPR yang menjayakan VOTE ini.

    Lis Ng

    Good

Free